fb fb fb fb fb

Juruteknik diperdaya kenalan 'maya', rugi RM167,147

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 8 Julai- Seorang juruteknik lelaki berumur 36 tahun rugi RM167,147 kerana diperdaya kenalan di media sosial, pada April hingga Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata laporan polis oleh mangsa, diterima pada semalam.

Siasatan awal mendapati mangsa menerima tawaran skim pelaburan perniagaan dalam talian, dengan keuntungan 20 peratus daripada modal dilaburkan.

Tawaran tersebut mendorong mangsa melakukan 21 transaksi bayaran kepada 14 akaun berbeza, sejak 29 April hingga 23 Jun lalu, bagi tujuan tempahan barangan daripada pelanggan dalam talian.

Mangsa sedar ditipu selepas mendapati keuntungan tidak dapat dikeluarkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM