fb fb fb fb fb

Jururawat ibarat jantung negara

KUALA LUMPUR, 12 Mei - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan jururawat seperti jantung kepada sistem kesihatan negara.

Katanya, jika fungsi jantung berhenti maka tergendalalah segala perancangan kesihatan yang telah diatur.

Hisham berkata, hari jururawat yang disambut pada 12 Mei setiap tahun itu merupakan hari bagi menghargai kepada mereka yang telah banyak berjuang terutama dalam membendung jangkitan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Selain itu pengiktirafan dan pujian harus diberikan kepada seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) khususnya jururawat yang memberikan perkhidmatan tanpa henti untuk tempoh lebih dua tahun.

(Hisham bercakap kepada media selepas merasmikan pelancaran
Pameran Evolusi Baju Seragam Jururawat sempena sambutan Hari Jururawat di sini)

"Dan sekarang ini kita beralih untuk melihat kepada kes-kes non-covid iaitu kes-kes yang tertangguh dan kita bergantung kepada jururawat, seolah-olah adalah jantung Kementerian Kesihatan. Tanpa jururawat kita tidak dapat menjalankan pembedahan dalam dewan bedah, jadi jururawat amat penting untuk memberi bakti dan menjayakan perkhidmatan kesihatan," menurut Hisham di sini.


Media Baharu