BANGKOK, 10 Oktober - Pasukan keselamatan Myanmar menahan pemimpin pelajar yang mengetuai protes terhadap junta tentera.
Paing Phyo Min ditahan lewat malam tadi, susulan serbuan di sebuah kediaman di Thaketa, timur Yangon.
Penahanan itu dimaklumkan anggota kumpulan protes "Anti-junta Alliance Yangon", Nan Lin.
"Paing Phyo Min tidak didengari sejak itu. Kami sangat mengambil berat tentang nyawa dan keselamatannya.
"Tentera telah lama cuba menangkap Phyo Min kerana dia bekas ahli kesatuan pelajar dan juga ketua protes di Yangon," katanya.
Pada 2019, Phyo Min dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana menghasilkan puisi satira yang mengkritik tentera.
Bagaimanapun dia dibebaskan pada 2020. -AFP