fb fb fb fb fb

Jumlah penerbangan domestik sempena Aidilfitri akan ditambah

SEPANG, 6 April- Kekerapan jumlah penerbangan domestik sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan ditambah.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini termasuk laluan ke Sabah dan Sarawak.

"Maka kapasiti penerbangan akan bertambah, kapasiti tempat duduk akan bertambah.

"Jadi sudah tentu purata harga juga dijangka akan menurun. jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai", katanya dalam sidang media selepas melancarkan program tenaga diperbaharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi di sini hari ini.


(Menteri Pengangkutan Anthony Loke)

Tambahnya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia memaklumkan kepada pihak kementerian dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam mengenai kelulusan pertambahan penerbangan itu.

Beliau mengesahkan banyak penerbangan tambahan diluluskan termasuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines yang akan menggunakan pesawat lebih besar bagi menampung permintaan tersebut

Perincian berhubung kapasiti penambahan penerbangan itu, dijangka akan diumum dalam masa terdekat.

Media Baharu