fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Temerloh berkurangan

Jumlah penduduk terjejas banjir di Temerloh, Pahang, menunjukkan sedikit penurunan dengan 1,751 orang ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 10 malam tadi / Foto RTM

TEMERLOH, 17 Oktober - Jumlah penduduk terjejas banjir di Temerloh, Pahang, menunjukkan sedikit penurunan dengan 1,751 orang ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 10 malam tadi, berbanding 1,795 orang, petang tadi.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan menempatkan penduduk terjejas paling ramai, iaitu seramai 725 orang.

Manakala PPS SK Desa Bakti menempatkan 675 orang, SMK Mentakab (134 orang), SK Bukit Cermin (96 orang), SMK Bukit Cermin (69 orang) dan SK Lanchang (5 orang).

Selain itu, 25 orang berlindung di PPS SK Mentakab, 16 orang di Masjid Kampung Bongsu, dan enam orang di Tapak Pemindahan Kampung Gantok.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN