fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat 1,267

FOTO APM PERAK

IPOH, 14 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 1,267 orang daripada 378 keluarga setakat pukul 4.00 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di empat daerah.

Di daerah Muallim, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Slim River menempatkan jumlah penduduk paling ramai iaitu 305 orang daripada 88 keluarga. Di PPS SK Kuala Slim -- 41 penduduk daripada 12 keluarga berlindung, manakala 29 penduduk daripada 15 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Batu 4.

Sementara di daerah Kuala Kangsar, 288 penduduk daripada 86 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Pandak Hamid, OAOSC Bawong.

Di PPS SK Lasah, 193 penduduk daripada 55 keluarga dipindahkan, dan 97 penduduk daripada 27 keluarga berada di PPS Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) RLKT Lasah.

Di daerah Hulu Perak, empat PPS -- SMK Kenering, SMK Sultan Idris Shah 2, SK Plang dan Dewan Kampung Padang Jeri -- ditutup secara rasmi pada pukul 2.00 petang tadi.

Namun, seramai 152 penduduk daripada 39 keluarga masih berlindung di PPS SK Pahit dan 51 penduduk daripada 21 keluarga di PPS SK Kerunai.

Di Kerian, seramai 65 penduduk daripada 20 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai, sementara PPS SK Changkat Lobak menampung 46 penduduk daripada 15 keluarga.

SITI AISHAH MD ISA