fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal 107 orang

Foto BERNAMA

IPOH, 17 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal kepada 107 orang daripada 31 keluarga, setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Hilir Perak, Kerian dan Kinta.

"Di Daerah Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 23 penduduk daripada tujuh keluarga.

"Di daerah Kerian iaitu PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak menempatkan 18 penduduk daripada tiga keluarga. 

"Di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu pula menempatkan 57 penduduk daripada 19 keluarga.

"Di daerah Kinta, sembilan penduduk daripada dua keluarga kekal ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Taman Meru 2A Ipoh," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM