fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurangan

Foto BERNAMA

PERAK, 13 November- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap di daerah Hilir Perak secara rasminya ditutup pada pukul 7.30 malam tadi. 

Menerusi kenyataan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata ia menjadikan jumlah penduduk terjejas banjir di Perak setakat pukul 8.00 malam tadi berkurangan kepada 227 orang daripada 232 penduduk terjejas banjir.

 "Penduduk terjejas  banjir di PPS Dewan Serbaguna Chikus bertambah kepada 29 orang.

 "Jumlah penduduk terjejas di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak kekal dengan 118 orang dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak (23) serta dan PPS SK Alor Pongsu (57)," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM