fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurang

Keadaan banjir di Jalan Teluk Intan-Bidor/Foto APM

IPOH, 18 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak setakat pukul 8.00 malam tadi terus menunjukkan pengurangan kepada 65 penduduk daripada 18 keluarga berbanding jumlah sebelumnya.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, "sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi melibatkan satu daerah."

PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak daerah Hilir Perak menempatkan 65 penduduk daripada 18 keluarga.

Kawasan yang terjejas antaranya Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Lorong Imam Khairi, Lorong Mesra, dan Batu 7 serta Batu 8.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI