fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah catat pengurangan

Foto APM Kedah

ALOR SETAR, 16 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di Kedah setakat pukul 8.00 pagi tadi berkurang kepada 1,278 orang berbanding 1,285 orang, pukul 8.00 malam tadi. Ia melibatkan 403 keluarga.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, daerah Baling mencatatkan jumlah penduduk paling ramai iaitu 470 orang.

Kesemua mereka ditempatkan di empat PPS iaitu Dewan Tun Abdul Razak Baru (89); Dewan Tun Abdul Razak Lama (91); Kompleks Rakan Muda (235); dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Ketil (55).

Di Kota Setar pula, seramai 469 penduduk masih ditempatkan di empat PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah (164); SK Titi Gajah (78); SK Taman Aman (160); dan SK Sri Gunong (67 penduduk).

Manakala di Pendang, seramai 334 penduduk ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah (229; dan SMK Pendang (105).

Di Pokok Sena pula, hanya satu PPS masih beroperasi iaitu SK Tualang yang menempatkan seramai lima penduduk.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI