fb fb fb fb fb

Jumlah miskin tegar Johor menurun 92 peratus

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi/Foto BERNAMA

JOHOR BAHARU, 15 Jun-Jumlah penduduk miskin tegar di Johor menurun kepada 92 peratus dalam tempoh 15 bulan.

Penurunan angka berkenaan merupakan hasil pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan negeri Johor bersama Kerajaan Persekutuan dalam mencapai sasaran ke arah sifar miskin tegar.

Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di Facebooknya, berkata, sebanyak 359 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar direkodkan di Johor pada bulan Jun, berbanding 4,378 KIR, pada Mac tahun lalu.

Antara program berkenaan ialah Program Keluarga Angkat dan Dapur Kasih Johor yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah.

Selain bantuan baikpulih rumah, bantuan peralatan, inisiatif turut menyediakan latihan dan pendidikan.

Usaha tersebut turut dibantu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Daerah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, dan agensi- agensi berkaitan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD