fb fb fb fb fb

Jumlah miskin tegar di Negeri Sembilan berkurang - Aminuddin

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 13 Disember- Jumlah Miskin Tegar di Negeri Sembilan berjaya dikurangkan sehingga 923 orang setakat semalam berdasarkan sistem pengkalan data keluarga miskin (eKasih).

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, ia merupakan satu penurunan yang baik apabila jumlah miskin tegar sebelum ini mencatatkan 3,350 orang pada Februari lalu.

"Penurunan kita adalah amat tinggi iaitu 72.45 peratus jadi ini antara penurunan yang baik dan kita berharap sehingga hujung bulan ini kita dapat noktahkan miskin tegar di Negeri Sembilan, insya-Allah," kata Aminuddin semasa sidang media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, Seremban.

Tambahnya, penurunan jumlah miskin tegar di negeri itu selari dengan usaha yang dilaksanakan kerajaan pusat dalam menoktahkan miskin tegar di negara ini.

Dalam pada itu, Aminuddin telah meluluskan peruntukan bagi pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Linggi yang berkapasiti 250 juta liter air setiap hari yang dijangka akan bermula pembinaan pada penghujung tahun 2024.

Aminuddin berkata ia merupakan satu langkah jangka masa panjang yang akan bertindak sebagai simpanan bekalan air mentah kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi jika berlaku pencemaran pada masa hadapan di kawasan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM