fb fb fb fb fb

Jumlah mangsa terjejas banjir di Kedah meningkat

ALOR SETAR, 10 Oktober-Jumlah penduduk terjejas banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara, PPS di empat daerah di Kedah terus meningkat.
 
Setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, seramai 3,551 penduduk daripada 1,153 keluarga dipindahkan ke 23 PPS.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (Pertahanan Awam) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata Daerah Kubang Pasu mencatat jumlah penduduk paling ramai iaitu  1,318 orang.
 
Kesemua mereka ditempatkan di sembilan PPS iaitu SMK Changlun (105 orang); Dewan PPK Lubuk Batu (149 orang); Sekolah Kebangsaan (SK) Malau (103); SMK Indera Putra (109); SMK Mahawangsa (165); dan SK Ahmad Tajuddin (119).
 
Manakala PPS SK Bandar Darul Aman (117); SK Padang Pekan (184); dan
SK Bukit Tinggi (267).
 
Daerah Kota Setar turut meningkat kepada 1,238 penduduk terjejas banjir.
 
Kesemua mereka ditempatkan di lapan PPS iaitu SMK Alor Merah (162); SK Taman Aman (198); SK Titi Gajah (203); SK Haji Idris (116); dan SMK Kepala Batas (204).
 
Selain itu, PPS SK Sri Gunong (151); SK Gunung (39); dan SMK Tunku Abdul Malik (165).
 
Daerah Pokok Sena turut meningkat kepada 541 penduduk.
 
Mereka ditempatkan di empat PPS iaitu Dewan Serbaguna Pokok Sena (199); SK Tualang (153); SK Bukit Hijau (133); dan Dewan Kesuna (56).
 
Sementara itu di Pendang turut meningkat kepada 454 orang.
 
Mereka ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah (237); dan SMK Pendang (217).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD