fb fb fb fb fb

Jumlah mangsa banjir di Perak, menurun

Foto APM

IPOH, 12 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak merekodkan penurunan kepada 349 orang berbanding 413 orang, setakat pukul 4.00 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka melibatkan dua daerah iaitu Hilir Perak dan Kerian.

Di daerah Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan jumlah penduduk terjejas iaitu seramai 169 orang daripada 52 keluarga.

66 orang daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS MPTI Langkap.

PPS Dewan Serbaguna Chikus kekal menempatkan 34 orang daripada lapan keluarga manakala 23 orang daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian.

Sementara itu, 57 orang daripada 19 keluarga di tempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM