fb fb fb fb fb

Op Khas Motosikal, berjaya kurangkan kes kemalangan maut

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (PJSPT), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

IPOH, 23 Oktober- Op Khas Motosikal yang dilaksanakan selama sebulan sejak 12 September lalu berjaya mengurangkan kes kemalangan maut dan kematian, apabila jumlah kes di seluruh negara mencatatkan penurunan. 

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (PJSPT), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri kes kemalangan maut merekodkan pengurangan daripada 434 pada tahun 2023 kepada 321 kes, manakala jumlah kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, berkurangan sebanyak 324 kes pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya 436 kematian.

Tambah Mohd Yusri, kategori umur paling tinggi terlibat kemalangan adalah antara 16 hingga 20 tahun. 

"Kita akan meneruskan operasi ini, mungkin dalam fasa ke dua kerana sekarang ini, kita menumpukan kepada operasi lain seperti samseng jalan raya, ops mabuk, juga operasi bersepadu bersama agensi-agensi lain," jelasnya selepas menghadiri Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di SMK Anderson, di sini.

Beliau turut memaklumkan daripada jumlah keseluruhan kes kemalangan, jalan bandaran menyumbang peratusan tertinggi iaitu sebanyak 843 kes.

ZEHRA BINTI ZAMBRI