KUALA LUMPUR, 18 Ogos -Usahawan yang menyewa premis perniagaan bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) merekodkan jualan terkumpul sebanyak RM2.2 bilion pada 2024.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, nilai jualan terkumpul daripada 6,557 ruang niaga di seluruh negara mencecah RM1.01 bilion iaitu meningkat sebanyak 5.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Dalam tempoh sama katanya, sebanyak 14,943 peluang pekerjaan telah diwujudkan.
"Banyak memberi peluang pekerjaan setakat ini seramai 14,943 peluang pekerjaan di seluruh negara telah direkodkan bawah nama perniagaan, bawah premis perniagaan MARA.
"Bagi tahun 2024 jualan terkumpul yang direkodkan oleh usahawan penyewa premis MARA adalah sebanyak RN2.2 bilion setakat Jun 2025 nilai jualan terkumpul bagi kesemua 6557 ruang niaga adalah sebanyak RM1.01 bilion," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa.