fb fb fb fb fb

Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis terjual

Menteri Pengangkutan Anthony Loke

KUALA LUMPUR, 2 April- Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) telah terjual sempena Hari Raya Aidifltiri ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, daripada jumlah itu, kesemua tiket ke Pantai Timur sudah habis terjual.

Manakala baki 100,000 tiket bas lagi adalah bagi perjalanan ke utara dan selatan.

Beliau berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac 2024 berbanding 256 tahun lepas.

Katanya, kelulusan itu melalui permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Perayaan. Bagaimanapun, jumlah bas tambahan dijangka akan bertambah sehingga permohonan LPS ditutup pukul 4.00 petang hari ini.

"Dianggarkan pada waktu puncak, satu hari mereka akan mengendalikan lebih kurang 30,000 penumpang, di TBS sahaja melibatkan 1,000 trip bas ekspres yang berlepas dari TBS dalam tempoh 24 jam", katanya dalam sidang media selepas meninjau pengoperasian TBS sempena Hari Raya Aidilfitri.

Turut hadir Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat Datuk Azlan Shah Al Bakri dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Datuk Roslan Sharif.

ROSLINA BINTI DIN