fb fb fb fb fb

Jualan Semarak Syawal Agro MADANI sasar RM200,000 nilai jualan

Muhammad Fadlee Hassan

KUALA TERENGGANU, 6 April- Jualan Semarak Syawal Agro MADANI di Terengganu menyasarkan RM200,000 nilai jualan dan 10,000 pengunjung.

Empat konsep jualan bermula 4 hingga 9 April itu memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan perayaan sempena Aidilfitiri.

Antaranya Agro Bazar Online, kombo Madani, jualan ayam dan telur serta produk industri asas tani.

Pengarah FAMA Terengganu Muhammad Fadlee Hassan berkata, antara lokasi terlibat adalah Pasar Tani Hiliran, Chendering, Chukai dan Kerteh yang dijalankan serentak.

"Penjimatan sebenarnya pada program tersebut adalah sehingga 30 peratus daripada pasar awam. Sebagai contoh sekiranya harga RM10, akan ada penjimatan sebanyak RM3," katanya ketika melakukan tinjauan pelaksanaan program Jualan Semarak Syawal Agro Madani di Pasar Tani Hiliran Kuala Terengganu di sini.

Sementara itu pengunjung Norhayati Ali yang ditemui berkata, jualanitu dapat meringankan perbelanjaan untuk membeli barangan keperluan.

"Biasanya orang kita nie suka membeli belah di saat-saat akhir, maknanya pelbagai jualan yang disediakan pada harga berpatutan.

"Saya rasa program itu dianjurkan oleh FAMA boleh diteruskanlah untuk tahun-tahun yang akan datang dan memberi manafaat kepada semua rakyat," katanya.

Bagi Aizi Zaidi Abd Aziz pula, dia berharap jualan seperti itu dapat diteruskan ke seluruh Terengganu.

"Bagi golongan-golongan B40 mereka boleh membeli beras dengan harga berpatutanlah. Kalau boleh, usaha yang dianjurkan oleh FAMA ini boleh diteruskan untuk di daerah-daerah lain," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI