fb fb fb fb fb

JSPT Kedah lupus 585 barang kes

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kedah melupuskan 585 barang kes melibatkan aksesori motosikal

ALOR SETAR, 31 Disember- Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kedah melupuskan 585 barang kes melibatkan aksesori motosikal diubah suai yang dirampas.

Pelupusan itu merupakan hasil beberapa siri operasi sepanjang tahun 2024.

Ketua JSPT Kedah, Superintenden Abdel Nasser S. Salleh berkata, item rampasan itu termasuk 445 unit ekzos, 128 unit 'swing arm', empat unit karburetor, dua unit kawalan elektrinik (ECU) dan enam item lain.

Semua item berkenaan mendapat arahan pelupusan daripada majistret bawah Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah.

Proses pelupusan dilakukan secara gelek menggunakan jentera  penggelek jalan untuk memastikan kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

"PDRM Kontijen Kedah juga melaksanakan tugasan Ops Khas Motosikal, Ops Samseng Jalanan.

"Hasil daripada operasi-operasi yang dijalankan telah berjaya membuat sitaan ke atas item-item ubah suai motosikal bawah seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu sebanyak 6,168 item rampasan telah dibuat," katanya dalam sidang media di sini.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk ubah suai ekzos, struktur dan kelengkapan seperti karburetor dan ECU.

Pemilik motosikal yang didapati melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor 1987.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI