fb fb fb fb fb

JSJN tempatkan pegawai narkotik di 13 daerah di Sarawak

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) pada sidang media Forum Khas Narkotik anjuran bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan One Stop Committee (OSC)

KUCHING, 9 Oktober- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperkemaskan lagi struktur perkhidmatannya dengan menempatkan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di 13 daerah di Sarawak.

Menurut Timbalan Ketua polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, daerah yang terlibat ialah Lundu, Belaga, Marudi, Matu Daro, Maradong, Simunjan, Julau, Lubok Antu, Kanowit, Saratok, Dalat, Tatau dan Song.

Ini bagi memastikan isu dadah di Sarawak dapat ditangani.

Selain itu, Datuk Seri Ayob berkata, pihaknya juga akan menubuhkan pejabat Sektretariat Nukleus Narkotik di Tebedu, Serian.

Pejabat yang akan dikendalikan oleh Bahagian Antarabangsa Nartkotik Bukit Aman itu bertujuan untuk memantau aktiviti-aktiviti dadah di sempadan negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media Forum Khas Narkotik anjuran bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan One Stop Committee (OSC).

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Peseuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE