fb fb fb fb fb

JS-SEZ lambang kemakmuran bersama Malaysia-Singapura

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 Januari- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dilihat bukan sekadar angka dan statistik ekonomi tetapi lambang kemakmuran bersama Malaysia dan Singapura yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Pensyarah Kanan Ekonomi UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad menyatakan bahawa usaha sama itu berpotensi menjadi pemangkin serta model pertumbuhan ekonomi untuk negara-negara serantau ASEAN.

Tambah beliau, JS-SEZ turut dianggap sebagai inspirasi kepada negeri-negeri lain di Malaysia dalam memperkasa ekonomi rentas sempadan.

"Adalah penting untuk melihat elemen hubungan Malaysia-Singapura daripada segi keupayaan eksport, import dan pelaburan tinggi.

"Jika perkara ini berjaya dilaksanakan menjelang 2050, ia boleh menjadi kerangka model baik untuk negara-negara ASEAN lain ikuti," katanya ketika ditemui RTM selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media hari ini.

Menurut Bashir, pelaburan strategik melalui zon ekonomi khas tersebut mampu menjamin pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan serta memastikan negeri-negeri di Malaysia tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi global.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dijangka membuka peluang baharu bukan sahaja dalam perdagangan, tetapi juga dalam mempromosikan kerjasama strategik serantau yang mampan.

0701 ZON KHAS EKONOMI JOHOR SINGAPURA
Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA