fb fb fb fb fb

JPS ramal berlaku banjir di Sungai Melikai dan kawasan sekitarnya, 12 tengah hari ini

JOHOR BAHRU, 19 Disember - Sungai Melikai dan kawasan sekitarnya di daerah Mersing diramal berlaku banjir bermula 12 tengah hari ini.

Amaran banjir dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada pukul 9.00 pagi ini.

Jabatan berkenaan memberitahu ramalan itu susulan amaran hujan berterusan (bahaya) oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada pukul 10.00 malam tadi dan hasil simulasi model ramalan banjir.

Bencana itu diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang dijangkakan.

“Bagi daerah Johor Bahru pula diramalkan banjir pada Rabu ini bermula 9.00 malam melibatkan Kampung Kangkar, Sungai Tiram dan kawasan sekitarnya.

“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” katanya.

(FOTO FAIL/BERNAMA)

Sementara itu, setakat 8.15 pagi tadi, dua sungai di daerah Segamat iaitu Sungai Lenik (Ladang Chaah) dan Sungai Muar (Buloh Kasap) menunjukkan paras air berada pada paras amaran.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai diminta melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.

Media Baharu