fb fb fb fb fb

JPNIN siasat guru Tabika Perpaduan yang tular di media sosial

ALOR SETAR, 26 Mac - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sedang menjalankan siasatan berhubung kenyataan seorang guru Tabika Perpaduan melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang ibu kanak-kanak di sebuah tabika di daerah Hulu Langat , Selangor yang tular di media sosial.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata guru wanita berusia lingkungan 50-an itu kini ditempatkan sementara di bawah Jabatan Perpaduan Daerah sehingga siasatan kes tersebut selesai. Manakala perbincangan telah diadakan dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

(Datuk Halimah Mohamed Sadique bercakap dalam sidang media Majlis Penyampaian Geran KRT 2022 Kedah dan Perlis)

"Mereka telah diberi latihan untuk menjadi guru. Guru tersebut memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan berpengalaman mendidik murid pra sekolah selama 29 tahun", katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Geran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) 2022 Kedah dan Perlis, di sini hari ini.

"Walau apa pun cara untuk menyelesaikan atau masalah bukan kita ambil tindakan sendiri, walau apa pun ketikanya. Jadi minta Ketua Pengarah buat semakan kajian tentang minat menjadi guru tadika, terhadap cikgu cikgu kita.

Beliau mengulas perbualan melalui aplikasi WhatsApp antara seorang guru Tabika Perpaduan dan ibu kanak-kanak berusia 5 tahun yang siarkan oleh ibu kanak-kanak berkenaan yang tular di laman Facebook pada Jumaat lalu.

Berdasarkan kandungan perbualan itu, guru terbabit mendakwa tertekan dengan sikap kanak-kanak berusia 5 tahun yang asyik menangis ketika sesi pembelajaran di dalam kelas, setelah 4 hari memulakan sesi persekolahan.

Kanak-kanak tersebut diminta dibawa pulang oleh waris dengan alasan belum bersedia untuk bersekolah.

Menurut Halimah, terdapat 1,751 Guru Perpaduan di seluruh negara yang dibantu oleh pembantu guru.

Melalui semakan tersebut, pihaknya menilai kesungguhan dan minat guru Tabika Perpaduan untuk menjadi pendidik kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

Datuk Halimah berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Geran Kawasan Rukun Tetangga KRT 2022 Kedah dan Perlis.

Media Baharu