fb fb fb fb fb

JPN lancar sistem baharu, pendekkan tempoh permohonan kewarganegaraan

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 25 Oktober- Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara yang dilancarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memendekkan tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan dikurangkan daripada 73 hari kepada 14 hari.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses berkenaan akan dijalankan secara lebih cekap menerusi pelaksanaan sistem yang dibangunkan JPN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Selalunya permohonan ini, JPN akan kumpul dan hantar kepada PDRM. Kemudian, pihak polis akan pulangkan semula untuk memberikan status.

Kali ini, sistem itu membolehkan pemohon itu membuat semakan sendiri. Jadi, saya rasa usaha ini adalah ke arah sistem penyampaian yang lebih cekap serta efektif," kata Saifuddin kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan JPN ke-7, di sini.

Tambahnya, sistem itu secara automatik akan menolak permohonan yang didapati tidak mencapai kriteria seperti pemohon yang terlibat dengan pertubuhan dianggap berbahaya, boleh mengancam ketenteraman awam selain tinggal di negara melebihi masa yang ditetapkan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM