fb fb fb fb fb

JPKK perkukuh hubungan dengan komuniti menerusi program di lokasi

(Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man cuba memancing ikan pada Pertandingan Memancing dan Menjala Ikan Tertutup DUN Bintong)

KANGAR, 23 Oktober- Bagi mengeratkan hubungan antara pengurusan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan komuniti setempat khususnya di kawasan kampung, pelbagai program secara bersama boleh dilasanakan.

Ini bagi membolehkan JPKK memainkan peranannya sebagai penghubung antara komuniti setempat dengan pemimpin negeri bagi menyalurkan permasalahan setempat selain menyampaikan aspirasi kerajaan.


(Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man melihat hasil tangkapan peserta yang menyertai 
 Pertandingan Memancing dan Menjala Ikan Tertutup DUN Bintong)

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Wang Ulu, Mohd rodzi Nayan, pelbagai program telah dan bakal dilaksanakan termasuklah pertandingan memancing selepas musim menuai, menjala, sukan rakyat dan aktiviti kemasyarakatan melibatkan pelbagai peringkat usia.

"Setiap program yang dilaksanakan ini bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia dalam memperkukuhkan perpaduan," katanya pada Program Memancing dan Menjala Tertutup Dewan Undangan Negeri Bintong di Kampung Wang Ulu, Bintong di sini.

Program ini dirasmikan Menteri Besar Perlis yang juga penyandang keruai DUN Bintong, Datuk Seri Azlan Man.

Ia melibatkan penyertaan 200 orang peserta yang terdiri penduduk setempat kawasan DUN Bintong yang dilaksanakan sebagai usaha memupuk semangat hormat menghormati dan saling mengenali antara satu sama lain

Media Baharu