fb fb fb fb fb

JPJ Terengganu teruskan teknik penyamaran

KUALA TERENGGANU, 29 April - Teknik penyamaran anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu sebagai penumpang bas ekspress akan diteruskan pada musim perayaan kali ini.

Pengarahnya, Zulkarnain Mat Yasin berkata taktik itu dilihat berkesan bagi memastikan pemandu bas ekspress mematuhi peraturan jalan raya.

Katanya, 29 pegawai dan anggota digerakkan bagi melakukan penyamaran bagi mengesan kesalahan pemandu bas.


(Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Mat Yasin)

Kesemua pegawai dan anggotanya itu akan menyamar sebagai penumpang bas membabitkan pelbagai destinasi bagi memastikan pemandu bas ekspress mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan.

"Ya, untuk fokus contohnya memandu menggunakan telefon bimbit, merokok semasa memandu, memandu dilorong kecemasan, memandu berterusan dilorong kanan. Yang itu kita akan rekodkan, sampai destinasi kita akan keluarkan saman serta merta", katanya.

Sebanyak 38 buah bas telah diperiksa di depoh dan terminal bas utama negeri itu bermula 25 April lalu. Sebanyak 12 bas gagal dalam pemeriksaaan tersebut kerana tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Menurut Zulkarnain lagi sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri ini seramai 220 anggota akan ditugaskan.

Pasukannya juga akan melakukan rondaan termasuk di 20 kawasan yang kerap berlakunya kemalangan.

Media Baharu