fb fb fb fb fb

JPJ Perlis laksana 'Kempen Kesedaran Pakai Topi Keledar Selamat' untuk komuniti nelayan

Foto JPJ Perlis

KUALA PERLIS, 19 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis melaksanakan 'Kempen Kesedaran Pakai Topi Keledar Selamat' bersama komuniti nelayan di Kuala Perlis.

Kempen dilaksanakan susulan penguatkuasaan JPJ Perlis yang merekodkan sebanyak 75 notis saman dikeluarkan tahun lalu, atas kesalahan tidak memakai topi keledar dengan kompaun dikenakan sebanyak RM300 kerana ia adalah salah satu kesalahan utama.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, inisiatif ini merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dengan mewajibkan penggunaan topi keledar yang mengikut tahap piawaian daripada SIRIM.

"Menerusi kempen ini juga dapat memberi kesedaran kepada setiap penunggang dan pembonceng motosikal dalam pemilihan topi keledar yang lebih selamat, mengurangkan kecederaan yang teruk terhadap penungang dan pembonceng motosikal jika terlibat dalam kemalangan.

"Selain itu, kempen ini juga bagi menjadikan topi keledar sebagai antara pemakaian yang wajib kepada penunggang dan pembonceng motosikal", katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Pakai Topi Keledar Selamat bersempena Program OutReach JPJ Bersama komuniti Persatuan Nelayan Perlis di Kuala Perlis.

Sebanyak 30 penunggang motosikal dalam kalangan komuniti nelayan menerima topi keledar baharu yang mengikut tahap piawaian daripada SIRIM.

ROSLINA BINTI DIN