fb fb fb fb fb

JPJ Perlis catat hasil kutipan lebih RM102 juta sepanjang 2022

(Pengarah JPJ Negeri Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah)

ARAU, 26 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis mencatatkan kutipan hasil berjumlah lebih RM102 juta sepanjang tahun 2022.

Kutipan hasil berkenaan membolehkan JPJ secara keseluruhannya menyumbang sebanyak RM4.6 bilion kepada negara.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, kutipan yang direkodkan pihaknya menerusi lima bahagian operasi utama di mana Bahagian Pelesenan Kenderaan mencatatkan kutipan lebih 97 juta, diikuti Bahagian Pelesenan Pemandu dengan kutipan lebih 2 juta.

Tiga bahagian lain iaitu, Bahagian Penguatkuasa sebanyak RM1.5 juta, Kaunter Bergerak JPJ Mobile lebih RM900,000 dan KIOS JPJ lebih RM488,000.

"Target kita untuk hasil ini, macam di Perlis kita melaksanakan apa yang diarahkan oleh 'HQ' cuma dari segi kaedahnya macam kita dah ada kiosk, kita perhebatkan transaksi menggunakan
kiosk dan sekarang ini kita pergi kepada yang lebih elektronik lagi. Kalau boleh kita hendak pelanggan menggunakan 'online' sebanyak mungkin dan target pada tahun ini macam saya katakan tadi 50 peratus kita targetkan untuk menggunakan dan mendaftar sebagai id portal," katanya,

Fatimah menyatakannya kepada media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Setia Warga JPJ Perlis di Kompleks JPJ Negeri, Jejawi.

Pada majlis itu, JPJ Negeri Perlis turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pengamal media termasuk RTM atas promosi, hebahan dan operasi bersama JPJ sepanjang tahun 2022.


( Majlis Perhimpunan Setia Warga JPJ Perlis di Kompleks JPJ Negeri, Jejawi)

Media Baharu