fb fb fb fb fb

JPJ Kedah tahan warga Rohingya memandu tanpa lesen

Foto: FB JPJ Negeri KEDAH

ALOR SETAR, 10 September- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menahan seorang lelaki warga Rohingya yang dikesan memandu tanpa lesen sah dalam operasi di sekitar Alor Setar.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata individu terbabit dipercayai telah menggunakan kenderaan jenis Toyota Unser secara tidak sah dan menjalankan perniagaan menjual ayam kampung secara bergerak. 

Beliau berkata sepertimana sedia maklum pemegang kad UNHCR tidak layak untuk memandu sebarang kenderaan didalam negara ini.

Jelasnya, apa yang lebih membimbangkan, warga Rohingya kini dilihat semakin besar kepala dan berani melanggar undang-undang jalan raya. 

"Ada di antara mereka tidak takut dikenakan saman kerana merasakan diri mereka "kebal" daripada tindakan undang-undang, memandangkan status sebagai pelarian UNHCR. Sikap ini mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat tempatan mengenai keselamatan di jalan raya," katanya.

Stien Van berkata, tindakan tegas diambil terhadap kes-kes melibatkan keselamatan jalan raya dan kepatuhan kepada undang-undang negara. 

Ujarnya, pemanduan tanpa lesen memandu yang sah bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga berpotensi membahayakan pengguna jalan raya lain.

Sebarang aduan salah laku lalu lintas boleh disalurkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui saluran e-aduan aplikasi MyJPJ.

ZEHRA BINTI ZAMBRI