fb fb fb fb fb

JPJ Kedah laksana pemeriksaan kenderaan penguatkuasaan sebelum Op HRA

Foto Ihsan JPJ Kedah

ALOR SETAR, 24 Mac- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah telah melaksanakan pemeriksaan ke atas kenderaan penguatkuasaan miliknya sebagai persiapan sebelum bermulanya Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025.

Menerusi kenyataan JPJ Negeri Kedah, pemeriksaan itu bertujuan memastikan semua kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan sepanjang operasi yang akan dijalankan.

Ia bagi mengawal selia pergerakan lalu lintas serta meningkatkan keselamatan jalan raya.

Turut hadir menyaksikan pemeriksaan tersebut ialah Pengarah JPJ Negeri Kedah, Stien Van Lutam, bersama pegawai dan anggota JPJ yang terlibat dalam operasi berkenaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM