KUALA LUMPUR, 13 April - Seiring penubuhan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memasuki usia 79 tahun, JPJ terus komited kearah usaha meningkatkan keselamatan dan melindungi pengguna di jalan raya.
Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik JPJ, Azhar Manap menyifatkan usia tersebut bukan sekadar angka, malah simbol kemajuan serta komitmen berterusan jabatan itu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Sebagai jabatan ini 79 tahun ini kita sudah masuk usia matang, di mana JPJ telah hampir meliputi semua aspek-aspek dengan industri automatif dan keselamatan pemandu ini. Jadi harapan saya supaya dengan sambutan ini JPJ bersama dengan rakan strategik juga rakan niaga kami .
"Yang paling penting masyarakat dapat bersama sama supaya kita boleh berkongsi pengalaman dan memberi maklumat tentang selain daripada aktiviti penguaktkuasaan, apa sebenarnya yang JPJ lakukan bagi memastikan masyarakat dapat melindungi diri mereka ketika di jalan raya," kata Azhar.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.
Kerjasama pelbagai pihak turut dialukan bagi memastikan peranan JPJ terus responsif terhadap keperluan masyarakat serta tuntutan teknologi semasa.