Labuan, 8 Mac- Program Gerak Rahmah, Jom Masak Bubur Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berlangsung serentak di seluruh negara.
Tidak ketinggalan, di Labuan yan menyasikan sebanyak 1,500 bekas bubur diagihkan kepada agensi rakan strategik, petugas keselamatan dan rumah ibadat sekitar wilayah ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Fadzilah Mahmud berkata perlaksanaannya secara bergotong royong membabitkan enam zon dengan menghasilkan enam jenis bubur.
Antaranya bubur lambuk, bubur kacang, bubur chacha dan bubur pulut hitam.
“Jadi saya merasakan bahawa program ini amat bertepatan untuk program semasa bulan Ramadan ini dan terima kasih kepada juga jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan kerana telah bersama-sama kita di Labuan ini untuk menggerakkan program ini”, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program berkenaan bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PL Mohd Sukuran Taib.
“Saya sangat berterima kasih kepada gabungan kawasan rukun tetangga yang telah menyediakan agihan enam jenis bubur pada tahun ini dan pada tahun ini kita berkesempatan untuk mengagihkan bubur kita kepada pihak Hospital Labuan dan juga kepada pusat operasi APM pada hari ini”, jelas Pengarah JPNIN Labuan Jessica basat.
Katanya, penganjuran pada kali ini melibatkan kerjasama lebih 250 komuniti dari 37 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Labuan.