fb fb fb fb fb

Johorfm sasar dua juta pendengar

Kakitangan Johorfm melakukan aktiviti mengecat

JOHOR BAHRU, 21 Januari- Johorfm menyasarkan peningkatan dua juta pendengar tahun ini termasuk pendengar secara dalam talian di RTMKlik dan 150,000 pengikut baharu di semua platform media sosial stesen itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Johor, Zainal Zakaria berkata empat program radio bersifat interaktif di peringkat kebangsaan dilaksanakan tahun dijangka menarik minat pendengar baharu.

"Kita ada banyak program yang dianjurkan di peringkat kebangsaan. Kita telah mengadakan beberapa siri perbincangan, penyelarasan dengan pihak agensi luar dan juga program-program baru yang telah diarahkan oleh Pengarah Program Radio di peringkat sederhana dan kecil untuk dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas Program Seribu Langkah dan gotong-royong di RTM Johor, di sini.

Ia dimulakan dengan Sambutan Hari Radio Sedunia 2024 pada 12 sehingga 14 Februari depan di Taman Negara Tanjung Piai, Pontian dan Auditorium Permata Sari, RTM Johor.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI