fb fb fb fb fb

Johor umum bantuan khas Aidilfitri setengah bulan gaji

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi / Foto RTM

JOHOR BHARU, 21 Mac - Kerajaan Johor umum bantuan khas kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500

Bantuan khas itu akan dibayar kepada seluruh penjawat awam negeri, sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata, bantuan itu memberi manfaat kepada 17,704 penjawat awam negeri.

Ia termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan-Badan Berkanun Negeri.
 
Kerajaan Negeri juga bersetuju Menimbal Guna Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Tahun 2024.

Sebanyak dua ribu ringgit akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam negeri, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan pelaksana, Gred 56 ke bawah.
 
Manakala RM1,000 dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam negeri Gred jawatan utama atau khas.
 
BIA Kajian SSPA 2024 juga akan memanfaatkan 17,704 kakitangan awam negeri

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD