fb fb fb fb fb

Johor tubuh jawatankuasa khas nilai SOP pekerja Malaysia-Singapura

JOHOR BAHRU, 27 Mac - Jawatankuasa khas menilai Prosedur Operasi Standard (SOP) melibatkan kumpulan pekerja Malaysia dan Singapura ditubuhkan kerajaan negeri Johor.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Sah berkata perincian SOP bakal dimuktamad hasil perbincangan dengan pelbagai agensi berkaitan.

Menurutnya, jawatankuasa khas tersebut ditubuh susulan pembukaan sempadan darat Malaysia-Singapura, 1 April ini.

Antara yang diambil kira bilangan keseluruhan pekerja kedua-dua negara.

"Saya akan melihat pada pagi ini, Insya-Allah bersama-sama dengan jabatan di bawah agensi saya khususnya Jabatan Sumber Manusia untuk mendengar dengan teliti apa kaedah dan juga SOP yang akan dijalankan," katanya.

(Mohd Hairi ditemui pemberita pada Program Gotong Royong Peringkat Negeri Johor hari ini)

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Gotong Royong Peringkat Negeri Johor di tanah perkuburan Kampung Kurnia, Jalan Kebun Teh, di sini hari ini.

Program disertai lebih 100 sukarelawan Southern Volunteer, SV mengindahkan kawasan perkuburan menjelang bulan Ramadan.

Program itu dijalankan di seluruh Johor dengan penyertaan keseluruhan kira-kira 2,000 orang sukarelawan.

Media Baharu