fb fb fb fb fb

Johor sedia aktifkan laluan kontra CIQ BSI, KSAB menjelang sambutan Aidilfitri

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 27 Mac- Purata pengembara yang melalui pintu negara di Bangunan Sultan Ismail (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor, bertambah berbanding sebelum pandemik COVID-19, tahun 2020.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, jumlah pergerakan keluar dan masuk pada ketika ini, mencecah 450,000 kenderaan sehari.

Jumlah itu meningkat berbanding 400,000 kenderaan yang direkodkan, empat tahun lalu. 

Justeru, persiapan rapi dilakukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, dua minggu lagi.

"Aktifkan laluan kontra, memang kita sentiasa bersedia. Pegawai kita sentiasa bersedia, kalau perlu maka kita akan aktifkan.

"Untuk Tahun Baharu Cina, dua hari kemasukan 2023 kira kira 370,380 tetapi tahun ini dua hari mencecah 400,000, berlaku peningkatan yang cukup signifikan di dua pintu masuk negara ini,"katanya.
 
Menurutnya, peningkatan itu turut disumbang susulan perkembangan pesat ekonomi negeri Johor, sejak kebelakangan ini. 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Johor Bahru.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE