fb fb fb fb fb

Johor peruntuk lebih RM70 juta untuk 16 PBT atasi isu banjir

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor

KULAI, 26 Januari- Lebih RM70 juta diperuntukkan kerajaan Johor bagi mengatasi isu banjir melibatkan 16 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, tahun ini.

Menurut Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, tumpuan diberikan di lokasi kerap dilanda banjir yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi.

"Kita selesai dulu di kawasan penduduk kepadatan tinggi. Ini bukan hanya libatkan PBT tetapi di peringkat JPS, jalan JKR Calvert kita besarkan, sungai kita dalamkan dan parit longkang monsun yang kecil juga kita besarkan. Kita juga terima peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk kolam tadahan dan takungan untuk bersihkan jga mendalamkan," katanya.

Tambah Mohd Jafni, proses naik taraf dan pembaikan lokasi kerap dilanda banjir bermula sejak tahun lalu, sejurus penubuhan Jawatankuasa Khas membabitkan kerjasama tiga Exco dan pelbagai agensi.

Terdahulu, Mohd Jafni bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan lebih 2,000 umat Islam menunaikan solat Subuh di Masjid Al Mubarak Bandar Putra, di sini sempena Program Semarak Subuh.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, tiada laporan banjir diterima melibatkan kawasan perumahan mampu milik Johor semasa bencana baru-baru ini, berikutan lokasinya yang terletak di kawasan tinggi.  

ZEHRA BINTI ZAMBRI