fb fb fb fb fb

Johor pertingkat imej pengangkutan awamnya

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi, Mohamad Fazli Mohamad Salleh

JOHOR BAHRU, 13 Februari - Kerajaan Johor akan mempertingkatkan imej pengangkutan awam di negeri itu menerusi inisiatif pengiklanan kereta sewa dan teksi dalam masa terdekat.

Selain mencantikkan imej kenderaan inisiatif itu juga akan membuka peluang pemandu teksi untuk menjana pendapatan menerusi pengiklanan di kenderaan mereka.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata fokus inisiatif melibatkan kawasan penggunaan teksi yang tinggi seperti di Lapangan Terbangan Antarabangsan,Senai dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Kompleks Sultan Iskandar (BSI) sebelum diperluaskan ke daerah lain.

"Mungkin untuk tahun pertama lebih kurang kita letakkan petunjuk prestasi utama (KPI) kita 95 kereta sewa atau teksi ini dan Insya-Allah dalam masa terdekat tahun 2025, 2026 kita akan tambahkan, cuma kita fokuskan dulu di kawasan penggunaan teksi lebih tinggi.

"Dan di kawasan pelancongan tumpuan orang ramai. Ini merupakan kali pertama satu perjanjian persefahaman antara kerajaan Johor dan pihak pemandu-pemandu teksi melalui persatuan-persatuan teksi" kata Mohamad Fazli kepada media
selepas pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Pengangkutan Awam Johor( PAJ) dan pihak pemandu teksi di Johor Bahru.

Mengikut data PAJ sebanyak 5,671 pemandu teksi telahpun berdaftar di seluruh negeri Johor.

TETITIA YUSOFF