fb fb fb fb fb

Johor pertingkat hasil tanaman, buah-buahan menjelang 2027

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 28 November- Sebanyak 230,436 tan metrik atau 33.61 peratus buah-buahan seperti betik, durian, nenas dan pisang disasarkan kerajaan Johor untuk ditingkatkan produktivitinya pada tahun 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata sasaran peningkatan turut melibatkan sayur-sayuran berfokus seperti cili dan halia, dengan 44,977 tan metrik atau 39.9 peratus.

"Pelbagai insentif disediakan itu mendapat kerjasama agensi terlibat yang komited membantu petani menjalankan tanaman dan meningkatkan kuantiti serta kualiti tanaman.

"Bantuan insentif meliputi pembangunan ladang seperti penyediaan kawasan, infrastruktur asas, benih, teknologi dan 'Internet Of Things' (IoT), sistem pengairan, peralatan serta jentera.

"Eksport tanaman berpotensi melibatkan produk berfokus ke negara jiran juga dipergiat kerajaan negeri.

"Percubaan pertama eksport nangka ke China pada tahun hadapan juga dilaksana susulan pelaksanaan protokol baharu pemeriksaan dan kuarantin antara Malaysia dan China, April lalu," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM