fb fb fb fb fb

Johor laksana usaha perbaiki perparitan, elak pertambahan kawasan baharu banjir

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor /Foto RTM

JOHOR BAHARU, 28 Januari - Usaha mengatasi banjir yang kerap berlaku di kawasan tumpuan bagi mengelak pertambahan kawasan baharu banjir di Johor.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, usaha itu selari dengan pembangunan pesat terutama di Johor Bahru yang kerap dilanda banjir kilat.

Menurut Mohd Jafni,banyak kawasan baharu banjir dikesan terutamanya di Johor Bahru, berikutan spesifikasi longkang dan perparitan yang menjangkau usia lebih 30 tahun.

Justeru, peruntukan RM15 juta diterima untuk Johor Bahru tahun ini, akan digunakan di 10 kawasan utama manakala baki 20 kawasan lagi diselesaikan tahun berikutnya.

Antara langkah diambil adalah pembinaan tembok menghalang air di Kampung Muhammad Amin dan Setia Indah, Johor Bahru.

"Kita hendak penyelesaian yang berpanjangan. Kita tidak akan gunakan spesifikasi 20 ke 30 per jam per kaki persegi.

"Tapi kita membaca dari 1000 100 perjam perkaki persegi. Jadi, kita harapkan bila siap sahaja projek pembinaan, tidak akan ada lagi banjir berulang", katanya ketika ditemui wartawan di sini.

Setakat ini, kerajaan negeri belum membuat taksiran lengkap kerugian direkodkan akibat banjir yang berlaku bulan ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD