fb fb fb fb fb

Johor kerjasama dengan pemain Industri turunkan harga pengecas EV

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 13 November- Kerajaan Johor sedang giat bekerjasama dengan pemain industri pengecas Kenderaan Elektrik (EV) tempatan dan antarabangsa bagi mencari pendekatan menurunkan harga keseluruhan untuk mengecas EV.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata antara pendekatan tersebut ialah dengan menyediakan lebih banyak kemudahan kepada syarikat tersebut untuk beroperasi.

"Langkah tersebut juga berpotensi menjadi pendorong kepada masyarakat untuk beralih daripada Kenderaan Pembakaran Dalaman (ICE) kepada EV.

"Kadar harga petrol negara yang rendah, serta bersubsidi, memberi cabaran dalam mendorong masyarakat, bertukar kepada EV," katanya dalam satu sidang media semasa Minggu Iklim Asia Pacific (APCW) 2023 di sini.

Anjuran hari pertama APCW 2023 menyaksikan lebih 3,000 pendaftaran direkodkan, melibatkan penyertaan 103 negara.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM