fb fb fb fb fb

Johor catat peningkatan penduduk terjejas banjir

FOTO APM KULAI

JOHOR, 14 Oktober- Situasi banjir di tiga daerah di Johor menunjukkan peningkatan jumlah penduduk terjejas sehingga pukul 4.00 petang ini.

Seramai 207 orang daripada 63 keluarga telah direkodkan berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kluang, Batu Pahat dan Kulai.

Kluang mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling tinggi iaitu 108 penduduk daripada 41 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kampung Renggam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Layang-Layang.

Di Batu Pahat, seramai 16 orang ditempatkan di PPS SK Seri Benut, manakala di Kulai melibatkan 83 orang daripada 19 keluarga di PPS Dewan Kampung Murni Jaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat akan berterusan sehingga petang ini bagi tiga daerah berkenaan termasuk Pontian, Johor Bahru, Mersing dan Kota Tinggi.

SITI AISHAH MD ISA