fb fb fb fb fb

Johor catat Jualan Rahmah tertinggi, dengan rekod RM43.6 juta nilai jualan

Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han

JOHOR BAHRU, 12 Mac- Johor mencatatkan pelaksanaan Jualan Rahmah tertinggi dalam negara, tahun lalu, melibatkan 920 anjuran, di 26 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, pelaksanaan program itu merekodkan RM43.6 juta nilai jualan, dengan subsidi RM6.8 juta.

Sebanyak 495 anjuran Jualan Rahmah dijalankan dalam premis, manakala 34 anjuran di luar premis, dan 391 anjuran secara bergerak.

Inisiatif berkenaan telah memanfaatkan 1.5 juta ketua isi rumah, membeli barangan keperluan asas harian yang telah disubsidi.

Selain itu Ting Han turut memberitahu, kaedah Jualan Rahmah secara bergerak menjadi pilihan utama masyarakat di Johor, kerana berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE