fb fb fb fb fb

Johor bina empat lagi PPR

JOHOR BAHRU, 27 Ogos - Johor merancang untuk bina empat lagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi menampung kepadatan penduduk sedia ada.

Menurut Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor satu daripadanya akan bermula bulan depan di Pengerang, Kota Tinggi.

Katanya, sebanyak 400 unit rumah teres adalah di PPR Sembrong dan Tenggara, manakala 300 unit PPR pengerang untuk penjawat awam.

1,028 unit PPR di Larkin, Johor Bahru pula sedang dalam perancangan dan menanti kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

(Mohd Jafni bercakap kepada pemberita selepas merasmikan
Majlis Perasmian Bazar Komuniti, di Iskandar Puteri, di sini)

"PPR ini satu usaha kerajaan persekutuan diberikan kepada kerajaan negeri Johor untuk membantu golongan-golongan B40 dan kebawah dalam bentuk sewaan.

"Maksudnya sewa, dan setelah beberapa tahun tinggal di situ dan mereka mengumpul duit dan sebagainya, kita galakkan dia membeli rumah sendiri," kata Mohd Jafni di sini.

Media Baharu