fb fb fb fb fb

Johor akan laksana pelbagai agenda untuk anak muda

Foto BERNAMA

KLUANG, 16 September- Pelbagai agenda membabitkan anak muda akan terus dipergiat," kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Onn Hafiz berkata sehingga kini pelbagai inisiatif dan dana ditawarkan oleh kerajaan negeri bagi memperkasakan golongan tersebut.

Selain meningkatkan serta menjana sektor ekonomi; peluang pekerjaan anak muda juga menjadi fokus utama dalam pembangunan Johor khususnya di Kluang.

"Antara agenda paling penting..adalah agenda orang muda...sebab itu kita adakan 'Special economic zone', 'Special Financial Zones' berunding dengan syarikat-syarikat untuk memastikan bahawa kita dapat meningkatkan ekonomi anak-anak muda Johor. Saya bertemu dengan pelabur-pelabur agar ada peluang pekerjaan untuk anak muda ini," katanya ketika menyertai sembang santai dan makan tengah hari bersama-sama belia di Kluang.

Dalam pada itu, Onn Hafiz menyeru anak muda untuk terus menyokong perjuangan Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah yang diyakini mampu mengetengahkan suara anak muda.

"Saya tengok penerimaan orang-orang muda di Kluang, Mahkota terhadap calon BN  (Syed Hussien) amat baik..sebab itu pucuk pimpinan membuat keputusan untuk memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda untuk dijadikan calon agar mereka dapat menghayati inspirasi pelbagai lapisan masyarakat terutama orang-orang muda di Mahkota ini," katanya.

Sementara itu, Onn Hafiz membidas kenyataan Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin yang mengatakan DAP hanya sekadar 'alat' UMNO bagi meraih undi  mereka.

Katanya 'Kempen Cara Johor' jelas menjaga adab dan tertib agar isu berkaitan 3R tidak dimainkan sewenang-wenangnya.

"Politik sebegitu saya rasa tak sesuai di negeri Johor seperti saya mohon pada rakan-rakan media tempoh hari..dekat sini sama-samalah kita jaga adab, kita jaga tertib dan keharmonian bangsa Johor yang kita semua hargai.

"Jangan terikut-ikut dengan tohmahan dan juga hasutan.. itu rayuan saya pada bangsa Johor terutama yang berada di DUN Mahkota," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM