fb fb fb fb fb

Johnny Lim, pegawai Cina pertama sandang pangkat Leftenan Jeneral ATM

Foto ATM

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng secara rasmi dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral, menurut Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia menjadikan Datuk Johnny Lim, pegawai kanan ATM berbangsa Cina pertama mencapai pangkat tertinggi itu.

"Kenaikan pangkat ini juga diharap dapat memberi inspirasi dan galakan kepada lebih ramai rakyat pelbagai kaum untuk menyertai kerjaya dalam ATM, demi memperkukuh kedaulatan dan keselamatan negara," menurut kenyataan itu.

Majlis pemakaian pangkat itu telah disempurnakan oleh Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan turut disaksikan oleh semua panglima perkhidmatan.

Datuk Johnny Lim yang merupakan anak jati Melaka, memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Francis, Melaka pada tahun 1973 hingga 1978.

Beliau kemudiannya ke Sekolah Menengah St. Francis, Melaka pada tahun 1979 hingga 1983.

Datuk Johnny Lim kemudian melanjutkan pengajian ketenteraan dengan menyertai Latihan Pegawai Kadet sebagai sebahagian daripada Tauliah Jangka Tetap ke-25 (TJT 25), yang menjadi permulaan kepada kerjaya cemerlang beliau dalam ATM.

Beliau seterusnya menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, dan ditauliahkan ke Rejimen Renjer Diraja.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM