fb fb fb fb fb

JKR tubuh BigBen, pusat sehenti pengurusan maklumat bencana

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melakukan tinjauan kerja ke jalan persekutuan daerah Klang, Selangor.

KLANG, 23 November- Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menubuhkan Bilik Gerakan Bencana (BigBen) sebagai pusat sehenti bagi pengurusan maklumat kejadian bencana.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ia juga merupakan inisiatif kementerian yang bertindak bagi memudahkan orang ramai melaporkan aduan berkaitan kerosakan jalan.

"Kita ada satu unit yang kita panggil 'BigBen' di peringkat ibu pejabat kementerian, JKR. Jadi 'BigBen' ini adalah untuk kita mendapat segala maklumat untuk kita pantau bilik gerakan 'one stop centre'.

"Jadi kita sudah dapat maklumat tentang banjir bukan hanya di Kelantan dan Terengganu saja, tetapi di mana-mana seluruh malaysia, kita ada sistem itu untuk kita pantau, untuk kita ketahui permasalahan yang berlaku,"katanya.

Tambah beliau, kesiapsiagaan juga telah diperkasa bagi menangani masalah bajir yang berlaku.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika melakukan tinjauan kerja ke jalan persekutuan daerah Klang, Selangor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE