fb fb fb fb fb

JKR keluarkan amaran awal tanah runtuh, persediaan berdepan MTL

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 Disember- Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan amaran awal tanah runtuh sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Pemantauan melibatkan daerah dan negeri di kawasan sepanjang 5 hingga 10 kilometer dari stesen tolok hujan.

Tiga kawasan diletakkan dalam status AMARAN, melibatkan Seksyen 44, Jalan Simpang Pulai - Gua Musang di daerah Kinta, Perak, selain Seksyen 48 Jalan Simpang Pulai-Gua Musang di Cameron Highlands, Pahang.

Juga dalam status AMARAN, Rumah Transit JKR Selangor, Fraser Hills, di Daerah Raub, Pahang.

Enam lokasi pula dikategorikan sebagai BAHAYA, termasuk dua lokasi di daerah Cameron Highlands, iaitu Kuarters JKR Sungai Burong, Brincang dan Seksyen 15, Jalan Ringlet -Sungai Koyan.

Dua lagi lokasi di daerah Gua Musang, Kelantan masing-masing di Seksyen 60.1 dan Seksyen 66 Jalan Simpang Pulai - Gua Musang.

Status BAHAYA juga diletakkan di Sekyen 205.9 Lebuhraya Timur-Barat di Daerah Jeli, Kelantan, selain di Daerah Hulu Perak, melibatkan Seksyen 142.3 Lebuhraya Timur Barat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE