KUALA LUMPUR, 1 Ogos-Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Dewan Negara mengemukakan tiga syor utama bagi memperkukuh tatakelola, integriti dan pembanterasan rasuah dalam negara.
Pengerusinya, Senator Datuk Dr. Arman Azha Abu Hanifah berkata Ini termasuklah, penubuhan Jawatankuasa Bersama Khas Parlimen yang dianggotai oleh Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat bagi menjalankan proses pemilihan dan tapisan calon ke jawatan utama Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ombudsman.
"Selain itu, menjadikan Ombudsman Malaysia sebagai satu institusi bebas yang melapor terus kepada Parlimen melalui laporan Ombudsman yang perlu dibentangkan di dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
"Tumpuan juga perlu diberikan kepada pemberi rasuah selaku pemula jenayah rasuah memandangkan majoriti tangkapan dan pertuduhan yang dibuat hanya tertumpu kepada penerima rasuah", katanya demikian pada sidang media di Parlimen.
Tambahnya, syor tersebut akan diusul kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diteliti.