fb fb fb fb fb

JKPD fokus bantu pulihkan individu ketagih dadah bina hidup baru

Pengerusi JKPD Daerah Kota Setar, Dr Zaki Zamani Abd Rashid

ALOR SETAR, 29 Januari- Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar menjalin kerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan isu penyalahgunaan dadah terutama melibatkan wanita hamil dan anak-anak yang masih kecil dapat dibanteras dan ditangani dengan sebaiknya.

Pengerusinya, Dr Zaki Zamani Abd Rashid berkata, dengan bilangan kes yang semakin meningkat, pelbagai implikasi negatif pelencongan sosial boleh berlaku.   
  
Menurutnya, ia bukan sahaja melibatkan pelanggaran undang-undang tetapi isu sosial semakin membimbangkan seperti zina dan anak tak sah taraf, penagihan dan komplikasi kesihatan mental, pengabaian dan penderaan kanak-kanak.
 
Beliau berkata, setiap kes perlu ditangani secara bersama agar impak yang lebih baik demi kesejahteraan wanita dan kanak-kakank serta masyarakat umum.
 
Dr Zaki Zamani berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan kes wanita dan kanak-kanak yang terlibat dadah Daerah Kota Setar dan Pokok Sena di Alor Setar.
 
Mesyuarat membincangkan dan penyelarasan pengurusan 12 kes klien wanita yang terlibat dadah.
 
Bagi klien yang hamil dan masih aktif menagih dadah diletakkan di bawah pemantauan pihak klinik kesihatan sehingga bersalin sebelum dihantar ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).
 
Manakala kes yang didapati mempunyai unsur pengabaian kanak-kanak telah dirujuk untuk tindakan pihak pelindung kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM.
 
Sementara kes wanita yang hilang bersama anak dan teman lelaki telah dirujuk untuk tindakan lanjut oleh pihak Narkotik PDRM.
 
Kes bersekedudukan sesama klien pula akan dirujuk kepada Pejabat Agama.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE